Sunday, December 19, 2010

Sasaran MOM tercapai

ATLET Malaysia meneruskan persembahan membanggakan di persada sukan antarabangsa apabila mencapai sasaran ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) pada Sukan Pantai Asia di Muscat, Oman yang berakhir kelmarin.

Setiausaha Kehormat MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, kontinjen negara diketuai Datuk James Selvaraj berjaya meraih satu emas dan satu perak pada edisi kedua temasya itu.

“Mereka mencapai sasaran satu emas. Ini sesuatu menggembirakan kerana tahun ini memperlihatkan kecemerlangan atlet bermula di Sukan Olimpik Remaja (Singapura), Sukan Komanwel (India) dan Sukan Asia (China).
“Pada tiga temasya sukan terbesar, kita berjaya mencapai sasaran ditetapkan malah pencapaian Sukan Komanwel India berjaya melepasi sasaran amat membanggakan,” katanya.

Pada temasya berlangsung di Oman itu, pingat emas tunggal negara disumbang Mr Universe lima kali, Sazali Abdul Samad (gambar) melalui acara bina badan kategori lightweight 70 kilogram. Kemudian, atlet pelayar remaja, Muhamad Amirul Shafiq Md Jais menyumbang pingat perak.

Sebanyak 43 negara menyertai edisi kedua temasya itu dengan Thailand muncul juara keseluruhan apabila mengutip 15 emas 10 perak 11 gangsa manakala Malaysia menduduki tempat ke-12 daripada 26 negara yang berjaya meraih pingat.

Kontinjen negara pada edisi kedua ini hanya seramai 19 atlet dan menyertai tiga daripada 14 jenis sukan dipertandingkan iaitu bina badan, pelayaran dan luncur air.

Pada edisi pertama di Bali, Indonesia dua tahun lalu, Malaysia berjaya meraih dua emas, dua perak dan enam gangsa.


H.Metro

2 comments:

red flower said...

nice..thanx

Unknown said...

It was nice to see this blog information and thanks for sharing this one. Datastage